https://www.youtube.com/watch?v=CcsUYu0PVxY

Tuesday, 26 February 2019







Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 'MAWARRIANS' merupakan nama kumpulan kami dan kami berahlikan 4 gadis dari kelas DEN2A.  Kami ditugaskan untuk menyediakan blog yang bertajuk 
"Tidak Pasti, Jangan Kongsi".
Dengan rendah hati kami berharap segala info serta maklumat yang kami sampaikan dapat memberi manfaat kepada semua. 

DUA6022 - KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM


TAJUK TUGASAN :

" TIDAK PASTI , JANGAN KONGSI "



DISEDIAKAN OLEH:

1) NURUL AFIFAH BINTI OZLAN   (30DEN18F1006)
2) SITI ZAHARAH BINTI MUHAMAD MAKRUS    (30DEN18F1009)                  
3) NUR SUHAIBAH BINTI MOHD AFRI (30DEN18F1007)
4) NURULSAFIA BINTI ABU ZAMAR (3ODEN18F1002)


PENSYARAH :

PUAN RAFIDAH BINTI JUSOH


PENGENALAN


LEDAKAN revolusi teknologi komunikasi secara global yang merentasi setiap saat telah membudayakan sikap manusia untuk terlibat sama ada sengaja atau tidak sengaja dalam penyebaran berita tidak benar, malah hari demi hari ia kelihatan semakin berleluasa.

Situasi ini secara tidak langsung mendorong sikap manusia berkongsi semua berita yang dipanjangkan melalui komunikasi teknologi tanpa ada rasa kebertanggungjawaban dalam menganalisis atau mencari kebenaran terlebih dahulu terhadap kesahihan sesuatu berita.
Akibatnya, sesebuah negara itu akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Maka, masyarakat perlu positif terhadap usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 demi keharmonian dan perpaduan rakyat. 
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Dr. Mazlan Ismail berkata bagi mengatasinya maka amalan "Tidak Pasti, Jangan Kongsi" perlu diterap berikutan masyarakat ketika ini yang cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu.
terdapat banyak contoh kes yang mana maklumat-maklumat palsu menjadi tular di media sosial. Begitu juga dengan berita-berita lama yang dikitar semula untuk tujuan-tujuan tertentu.

OBJEKTIF BLOG / TUJUAN BLOG 

1. Menekankan tentang kepentingan terhadap kesahihan satu berita sebelum menyebarkannya.

2) Mengelakkan penularan berita palsu dalam media sosial 

3) Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai :
  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya.
  • Menggalakkan pengguna internet untu tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
4) Menggalakkan penglibatan aktif dari Komuniti Pusat Internet 1Malaysia

ISI KANDUNGAN DAN HURAIAN 




(Video:  Portal www.Sebenarnya.com adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.)
Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.
  • UNGKAPAN di atas mungkin sudah kerap anda de­ngar atau baca kebelakangan ini. Ungkapan ‘Bukan Semuanya Benar di Internet: Tak pasti jangan kongsi’ itu adalah slogan atau tagline yang digunakan oleh sebenarnya.my iaitu portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk orang ramai menyemak atau melaporkan sesuatu berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya yang diterima melalui platform media sosial termasuk WhatsApp, khidmat pesanan ringkas, emel atau blog.
  • Portal itu ditubuhkan dengan harapan dapat mena­ngani gejala penularan berita palsu dalam talian yang semakin menjadi-jadi yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.Memang tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini bermacam-macam berita viral atau tular tersebar luas di alam siber. Adakalanya semacam betul, adakalanya juga sekali baca pun kita rasa curiga akan kesahihannya.
  • Sebagai pengguna media sosial yang matang dan berhemah, tentu sahaja kita tidak akan mengongsi sesuatu berita itu apabila was-was atau tidak pasti akan kesahihannya. Itu yang sebaik-baiknya. Sayangnya dalam kalangan masyarakat siber hari ini, ramai yang kurang matang dan banyak juga yang tidak berhemah.
  • Dapat sahaja sesuatu berita, apatah lagi yang tular atau viral, maka terkocoh-kocohlah kita berkongsi tanpa menyemak terlebih dahulu akan kesahihan berita tersebut. Mentaliti ‘share atau kongsi dahulu, fikir kemudian’ menjadi amalan kebanyakan kita.Masing-masing mahu menjadi antara orang pertama yang berbuat demikian, tidak mahu tertinggal, seolah-olahnya hendak mengejar pingat emas bagi catatan masa terpantas menularkan berita.Gara-gara tidak semak sebelum kongsi, maka jadilah berita yang tidak sahih, diada-adakan, ditokok-tambah atau lebih buruk lagi yang palsu dan fitnah disebarluaskan.Perkara itu berlaku baru-baru ini dalam isu buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 yang tular dalam media sosial ke­rana tidak memasukkan gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.Tanpa usul periksa, berita itu diulang kongsi dan disebarkan sehingga mengundang kecaman terhadap Kementerian Pendidikan yang dituduh cuba memadamkan sejarah Malaysia.
  • Akibatnya, Kementerian Pendidikan terpaksa tampil membuat kenyataan penafian bahawa buku berkenaan bukan diterbitkan oleh pihaknya sebaliknya adalah terbitan pihak swasta.Kementerian Pendidikan turut terpaksa menegaskan yang pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan kepada sekolah-sekolah di bawah kendaliannya agar menurunkan atau menanggalkan gambar bekas Perdana Menteri itu.Soalnya siapa yang pandai-pandai ‘menghilangkan’ gambar Perdana Menteri keempat itu daripada cetakan buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tersebut? Apa motif di sebaliknya?Siapa pula yang menyebarkan ‘penemuan’ itu dalam media sosial? Apa pula motifnya?Begitu juga kenapa penerbit swasta terbabit tidak tampil memberi penjelasan? Apa alasannya menerbitkan buku rujukan sedemikian? Jika berlaku kesilapan yang tidak disengajakan, kenapa membisu? Kenapa membiarkan Kementerian Pendidikan menjadi punching bag dihujani kecaman dan tohmahan bertalu-talu oleh warga Internet atau netizen?Kementerian Pendidikan dalam kenyataan sama menafikan buku tular tersebut adalah terbitannya, memaklumkan yang pihaknya telah membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan diambil terhadap penerbit buku terbabit dan pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu itu ke dalam media sosial.
  • Pada akhirnya, terpulang kepada pelayar internet dan media sosial untuk menentukan sama ada dengan mudah merelakan diri dipengaruhi berita tular yang belum pasti kesahihannya atau mahu menjadi pengguna bijak yang menyemak terlebih dahulu status sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

KESIMPULAN 
  • Kesimpulannya, masyarakat perlu berwaspada dan prihatin terhadap isu semasa dan juga peka dalam segala perkara dalam media sosial bagi mengelakkan daripada penularan berita palsu.Sekiranya dapat sesuatu berita perlulah selidik dahulu sebelum menyebarkan atau perkataan lain "forward"
  • Dalam surah al-Hujurat, ayat 8, Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu dan ketahuilah olehmu bahawa dalam kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus. Sebagai kurnia dan nikmat daripada Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
  • Oleh yang demikian, berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan.

CONTOH BERITA YANG DIKELUARKAN 
OLEH POLIS DIRAJA MALAYSIA







GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN
 LOGO "TAK PASTI JANGAN KONGSI"















SUMBER RUJUKAN

KAMI MENGAMBIL SUMBER RUJUKAN KAMI DARI INTERNET DAN JUGA UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN UNTUK MENAMBAHKAN MAKLUMAT YANG SEDIA ADA.

LINK LAMAN WEB: 












Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  'MAWARRIANS' merupakan nama kumpulan kami dan kami berahlikan  4 gad...